Langkau ke kandungan utama

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 6


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 6
Dasar Pelajaran Thailand
Mereka berlajar dari jam 8.30 am hingga 4.30 pm dari Isnin sampai Jumaat.Pada hari jumaat bukan semua pelajar yang berkesempatan bersolat jumaat, mereka yang bersekolah aliran Islam dan sekolah yang berhampiran masjid sempat solat jumaat.
Pelajar darjah 1 diusia 7 tahun terpaksa belajar antara 10 hingga 13 matapelajaran dalam seminggu. Pengalaman penulis menjadi guru disini, penulis dapati hanya 10% murid yang betul betul bersaing untuk belajar.Selebihnya mereka sekadar datang menghabiskan masa dari tidak buat apa apa dirumah. Oleh kerana banyak subjek yang perlu ditempuhi dalam usia yang terlalu muda,murid murid disini keliru dalam mencari ilmu. Pada hemat penulis,dasar pelajaran disini bukan mendidik murid menjadi berilmu tetapi sekadar mengajar murid sekadar tahu baca dan mengira. Peluang pekerjaan di wilayah Satun amat terhad,maka murid tidak nampak peluang bekerja bila tamat pesekolahan walaupun di peringkat ijazah.Persaingan untuk berlumba lumba dalam mencari ilmu sangat rendah. Mereka lebih gemar bermain dan menyertai acara pakaian seragam dan sukan.Peratusan lulus sangat rendah di sekolah disekitar tempat tinggal penulis.
Sebagai contoh,di Tadika Melayu,tempat belajar bahasa Melayu dan agama Islam setiap Sabtu dan Ahad. Murid terdiri dari umur 5 tahun hingga 12 tahun seramai 232 orang. Setiap peperiksaan guru terpaksa membaca satu persatu perkataan yang tertulis dalam kertas peperiksaan. Murid sekadar tanda A atau B atau C atau D.Itupun tanpa mereka fahami jawapan sebenar. Penulis telah bersuara dan memberi pendapat kepada pentadbir sekolah,jawapan mereka mudah,jika pengcapaian kelulusan kurang maka ibubapa tidak akan menghantar anak mereka bersekolah disini. Dengan itu mereka yang lulus adalah mereka yang tidak berkelayakan.
Di sekolah kerajaan,dasar pelajaran banyak menekan tentang aspek menjadi warga Thai yang taat tanpa mempertikai dasar kerajaan. Bagi masyarakat Thai Buddha ,Raja adalah dewa yang tidak boleh disentuh oleh mana mana makluk dimuka bumi ini.Siapa menyentuh raja, jawapannya maut.  Bagi masyarakat Melayu mereka mendewakan Raja walaupun tidak menyembah Raja tapi ketaatan kepada raja amat tinggi.Setiap cerita adalah kebaikan raja dan anggota keluarga raja.
Menilai keberkesanan Dasar Thesapiban , kerajaan Thai memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini mempertengahkan sistem pendidikan dalam Bahasa Thai. Korikulum pelajaran dalam Bahasa Thai di perkenalkan untuk sistem sekolah pondok yang asal mengajar Agama Islam dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Thai.
Pada awal perngenalan, ianya mendapat bantahan dari Melayu Islam disini. Lama kelaman dengan tawaran bantuan kewangan secara perlahan lahan bantahan dan ketegangan kian kendur. Kini terdapat banyak Sekolah Agama dan Pondok menggunakan bahasa pengatar dalam bahasa Thai.
Selain bidang pendidikan yang sedang berubah, masyarakat Melayu-Muslim juga berhadapan dengan semakin menciutnya ruang penggunaan bahasa Melayu. Tak dapat tidak, dengan sistem pendidikan madrasah yang telah memberi ruang kepada pendidikan Thai, maka sangat terasa penggunaan bahasa Melayu semakin mengecil. Ia akhimya tinggal sebatas bahasa perhubungan dalam rumah tangga, keluargadan jiran-jiran sekampung dan sehalaman sahaja. Di luar kumpulannya, mereka sepertinya perlu menggunakan bahasa Thai.
Inilah realiti yang sedang di hadapi oleh masyarakat Melayu Satun sekarang. Dalam perkataan lain, penggunaan bahasa Melayu makin terjerlus dan terhakis. Ruang untuknya bergerak semakin menyempit dan kerananya jalannya semakin terbatas dan tersendat-sendat.
Akan mampukah bahasa Melayu  menghadapicabaran ini? Tanpa sokongan sistem pendidikan agama dan penggunaan buku buku teks Bahasa Melayu yang dikenal selama ini sebagai benteng bagi pertahanan bahasa Melayu, penulis percaya masa depan bahasa Melayu di Satun sukar dipertahankan. Pada hari ini pun, sudah ramai terdapat anak anak
muda generasi baru yang tidak pandai membaca Bahasa Melayu dan lebih lancar bertutur dalam bahasa Thai. Malah, untuk mempelajari ajaran agama, mereka cukup dengan membaca buku-buku dalam bahasa Thai yang memang banyak diterjemahkan dan diterbitkan sekarang.

Adalah diakui, sebagai masyarakat minoriti dalam sebuah negara seperti Thai, orang Melayu Satun sentiasa bertembung dengan bahasa dan budaya masyarakat majoriti melalui berbagai saluran, cara dan kuat kuasa undang-undang. Seperti inilah keadaan yang tengah dihadapi oleh
masyarakat Melayu Satun . Mereka kini seolah-olah berada dalam sebuah dilemma. Pada satu sisi mereka terikat dengan warisandankesetiaan bahasa, manakala padasisilainmerekaberhadapan dengan realiti yang tak dapat mereka elakkan. Keadaan seperti ini meletakkannya dalam posisi seperti kata pepatah Melayu "ditelan mati emak, diluahkan mati bapak" atau seperti "dimakan mabuk, dibuang sayang".Namun adalah penting bagi mana-mana kerajaan menjaga keharmonian di antara kumpulan-kumpulan bahasa yang berlainan
dalam negaranya. Oleh itu Dasar Thesapiban yang di perkenalkan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu Satun. Walaupun dipandang pahit hakikat ini perlu dilaksanakan. Bagi masyarakat Melayu Satun sendiri hendaklah bertindak mempertahankan Bahasa Melayu sebagai  bahasa perhubungan dikalangan Melayu. Jika sesuatu bangsa tiada bahasa maka bangsa itu menjadi bangsa yang tiada jiwa kerana “ Bahasa Jiwa Bangsa”.

Rangcangan TV,Radio Dan Akbar
Oleh kerana Thailand luas dan besar,TV satelit digunakan untuk bersiaran. Tidak hairanlah disetiap rumah disini,piring cakera di atas bumbung rumah.Hampir 99% rancangan dalam bahasa Thai .Bahkan rancangan luar diubah suara dalam bahasa Thai.Ada lebih 100 siaran TV sehari semalam di Thai.Lebih dari 80% berbentuk hiburan dan drama.Sehingga rancangan berbentuk sex kepada ceramah agama Buddha,Islam ASW atau Islam Syiah disiarkan dalam bahasa Thai dan 1-2% dalam bahasa Inggeris.
Setiap Drama adalah keidupan masyarakat Thai Buddha dan rancangan hiburan berunsurkan Thai Buddha. Tiada drama berbentuk Islam disini. Oleh itu masyarakat Satun mendapat siaran TV Melayu dari Malaysia atau Indonesia.
Siaran radio sangat luas disini.Disetiap daerah ada stesen radio swasta sendiri.Belum terdengar lagi radio melayu Satun sepanjang tinggal disini.
Larangan Akhbar berbahasa Melayu masih berkuat kuasa sejak sekian lama. Hampir tiada rumah disini yang melanggang akhbar.Mereka mendapat berita dari TV dan amat kurang yang membaca surat Khabar disini. Surat khabar cuma kelihatan di kedai kedai kopi terpilih sahaja.Budaya membaca dikalangan masyarakat amat rendah disini.Membaca dalam bahasa Thai amat kurang apatah lagi dalam bahasa Melayu,hampir tiada langsung kecuali Khatib yang membaca khubah Jumaat.
BERSAMBUNG DISINI

Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su