Langkau ke kandungan utama

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 7


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 7
Kesan Dari Sikap Kurang Membaca
Keberkesanan Dasar Thesapiban kepada penduduk Melayu Satun amat mudah di lihat. Apabila pengharaman Akhbar berbahasa Melayu di Thailand, dan dasar pelajaran yang memberi ilmu sekadar tahu kepada masyarakat banyak kesalahan ejaan pada nama nama kampung Melayu. Tiada ilmuan bahasa Melayu yang memantau penulisan ejaan pada papan tanda jalan dan penamaan dalam peta ( pendapat penulis ). Pendapat ini kuat dengan sokongan sebuah papan tanda nama sebuah kampung di Satun. Nama dalam tulisan Thai “ MASJID KAMPUNG LUBUK BATU “ tetapi bila di tulis dalam Bahasa Melayu jadi “ Musjid Kampung Loh Boh Batu”. Papan tanda ini jelas menunjukkan bahawa penduduk disini tidak peka dengan Bahasa Melayu.
Oleh itu, nama Wilayah Satun atau dalam Thai disebut SETUN atau STUN sebenarnya lahir dari loghat dan lenggok bahasa Thai dari perkataan SETUL. Oleh kerana tiada ahli Bahasa Melayu yang menegur maka penggunaan SATUN menjadi kebiasaan dan diterima pakai ( pendapat penulis)
Contoh lagi, dalam peta ditulis Che Bilang tetapi di papan tanda jalan di tulis Je Bilang. Banyak lagi kesalahan ejaan nama nama melayu yang disalah eja di Satun kerana masyarakat Melayu terpengaruh dan terkesan dengan dasar Thesapiban. Contoh kesalahan :-
1.      Pengkalan Jintan jadi Kalan Yin Tan . Ini terjadi kerana sebutan loghat Kedah yang kuat bagi masyarakat disini. Pengkalan selalunya dalam loghat disebut Kalan maka bila dieja Kalan tiada siapa yang tahu akan kesalahan ejaan. Manakala Yin tan , dieja dalam sebutan loghat Thai yang gagal menyebut huruf J dan abjab Thai J . Maka Y digunakan mengganti J. Contoh nama wanita Jamilah tapi ejaan Yamilah.
2.      Kubang Belut jadi Kubang Palod
3.      Bukti Ketri jadi Gradree
4.      Tanjung Pauh jadi Tanyong Po. Sama juga dengan Jintan , J diganti Y manakala PO adalah loghat Kedah Pauh disebut Poh maka Thai mengeja Po.
5.      Wang Belacan jadi Wang Prachan
Hampir banyak tempat lagi di Satun dan Wilayah Selatan Thailand yang mengalami mangsa revolusi bahasa hasil Dasar Thesapiban.Dasar diperkenalkan kepada rakyat dan rakyat buta bahasa ibunda maka kesempatan mengubah dari jatidiri bangsa Melayu menjadi jatidiri bangsa Thai Buddha.Melalui bahasa , pemerintah Thai berjaya memerintah Satun dengan berkesan.Menyedari rakyat Satun yang buta bahasa Melayu, maka dengan mudahlah bahasa Melayu di Siam kan .

Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su