Home » » Sewa Motor Di Thailand dan Mengalami Kemalangan

Sewa Motor Di Thailand dan Mengalami Kemalangan

Sewa Motor Di Thailand dan Mengalami Kemalangan. Tiga hari yang lepas seorang pelancong Malaysia menyewa motosikal di sebuah tempat pelancongan di Thailand. Beliau menghadapi kemalangan dan patah kaki.

Motosikal yang disewanya total lost. Kos yang perlu ditanggung oleh keluarganya mencecah RM25,000 . Kos ini termasuk bayaran gantirugi motosikal serta kos kos berkaitan dengan kemalangan dan kos membawa mangsa pulang ke Malaysia.

Mangsa selamat sampai di salah sebuah hospital berhampiran sempadan pada 1hb 10 2018 dengan selamat.

Apa yang aku nak sampaikan pada hangpa semua, kenderaan di Thailand sekadar memiliki insuran wajib beli kenderaan iaitu Por Ror Bor. Insuran ini sekadar membiayai yuran hospital.

MEMBACA POLISI SEWA

Aku harap hangpa baca dulu polisi sewa motosikal sebelum menyewa motor di Thailand. Bukan tak boleh sewa tapi mesti sanggup tanggung risiko jika kemalangan.

CJS SATUN 406
polisi sewa motor thai

Melawat Satun Updated at: Oktober 02, 2018

1 comments:

  1. Sewa Motor Di Thailand dan Mengalami Kemalangan. Tiga hari yang lepas seorang pelancong Malaysia menyewa motosikal di sebuah tempat pelancongan di Thailand. Beliau menghadapi kemalangan dan patah kaki.

    BalasPadam