Home » » Pasar Malam Di Pak Bara, Satun, Thailand

Pasar Malam Di Pak Bara, Satun, Thailand

Pasar Malam Di Pak Bara, Satun, Thailand bermula pada hari SABTU namun KEMUNCAKNYA pada hari AHAD. Oleh itu jika anda rancang bercuti di Pak Bara, datang hari Ahad dan balik hari Isnin.

Pasar malam Pak Bara yang unik dak menarik ini terletak di Pak Bara View Point berlatar belakang laut Andaman. Suasana petang yang sangat cantik ketika matahari terbenam. Sunset Pak Bara antara yang tercantik di Satun, Thailand.

Apa Yang Di Jual.

Juadah makanan 99.9% halal. Mungkin buah-buahan dan sebuah gerai milik bukan Islam, itupun jarang-jarang dibuka. Yang lain InsyaAllah semuanya umat Islam dan peniaga yang ramah tamah. Berbahasa ayam dan itik pun anda dapat beli juadah.

Harga Yang Murah

Harga juadah disini harga mampu beli dan tak menyesal beli. Anda boleh mencuba somtam dan daging bakar bersama ais kelapa.

Pakaian bundle juga dijual disini.



CJS SATUN 406
Pasar Malam Di Pak Bara, Satun, Thailand
Lagi gambar Gambar disini ( klik )

PHOTO ALBUM DISINI

INFO SATUN :
Melawat Satun Updated at: Oktober 14, 2018

0 comments:

Catat Ulasan