Cari Info CJS

Home » » Antara Google Maps Waze dan maps.me

Antara Google Maps Waze dan maps.me

Aku tak banyak pengalaman ride cuma sekadar 10,000km sahaja. Tu pun 6000km Thailand selama 2bulan lebih dan 4000km Malaya selama 44hari. Antara Google Maps Waze dan maps.me yang mana terbaik.

Aku dah cuba Aplikasi  Google Maps Waze dan maps.me . Komen aku :-

1. Google Maps - Boleh Online dan Offline.
Online anda perlu data internet tapi ketepatan 80% - 90%.
Offline anda kena download map data bila ada internet. Tapi bila jalan tutup, dia punya routing lembap tapi still boleh guna.

2. Waze ni, di KL paling best. Atau dibandar bandar besar. Tapi aku guna di Thailand besa lalu belakang dapur dan jamban orang. Dia punya shortcut aku tak boleh tahan, akhir ke laut.

3. Untuk Offline aku cadangkan Maps.Me. Antara 70% - 80% ketepatan. Tapi hangpa kena download map lokasi dan negara yang hangpa nak pi. Jangan lupa kena update selalu.

4. Keputusan ditangan anda. Beli GPS RM10,000 tapi tak tau guna map pun kacau juga. Namun HP ni ada masalah bila kawan kol dan wasap. Silap tekan maps hilang hahaha.

Cikgu Joe Satun
Maps.Me

Cikgu Joe Satun
Google Map


Cikgu Joe Satun
Waze







Melawat Satun Updated at: Oktober 09, 2018

0 comments:

Catat Ulasan

Mesej Ke CJS