Cari Info CJS

Home » » Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

CJS Satun 406
Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

Sewa Motor Di Thai Risiko dan Polisi aku dah tulis dua kali. Tulis dalam FB orang susah nak rujuk. Ni aku post kat blog.

1. SEWA MOTOR DI THAI

Kekadang aku syok baca, geng budak-budak travel posting dengan bangganya depa dapat sewa motor di Thai, serendah Thb100/hari.

Betullah memang murah kalau tak accident. Tapi bila accident kena pula hangpa yang salah. Maka siaplah duit.
JANGAN KATA KENA PAU.

Bahawasanya motor sewa tersebut cuma ada insuran Por Ror Bor atau Compusory.
Oleh itu, hangpa kena tanggung :-
( anggap hangpa salah )

1. Kos kerosakkan kenderaan yang terlibat.
2. Kos kerosakkan motor sewa.

Oleh itu, pastikan motor sewa itu ada voluntary insuran 1st class atau 2 nd class. Insuran itu cover motor sewa dan kenderaan yang terlibat.

Jika voluntary 3rd class, anda kena repair motor sewa dan insuran cuma cover kenderaan terlbat.

Oleh naik tuk tuk atau motor tambang. Risiko sangat kecil.

REFER : http://englishnews.thaipbs.or.th/road-accidents-involving-foreign-tourists-using-rented-motorbikes-rise-pai/

FAHAM KOT NOOOH.
tak faham, lantak lah.

2. POLISI SEWA MOTOR DI THAILAND

Contoh Surat Sewa Motor di Siam.
Thb300 x 2 buah per day.
Hangpa baca dak polisi dia.
Hangpa tau dak, kalau accident hangpa kena bayar gantirugi motor dan kenderaan yang hangpa langgar.

Hangpa tau dak risiko yang hangpa kena tanggung , jika berlaku kemalangan.

Hangpa tau dak passport kita tak boleh buat " CAGARAN ".

Toksah cari pasai la. Naya satgi.

Baca polisi dibawah.
CJS Satun 406
Polisi Sewa Motor Thai

Melawat Satun Updated at: September 12, 2018

1 comments:

Mesej Ke CJS