Cari Info CJS

Home » , » Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik

Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik

Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik. Susah nak cerita sebab terlalu subjektif. Namun masing masing ada kelebihannya.

Koh Lipe

Jarak lebih kurang 67km dari Jeti Pak Bara. Lebih kurang 2 jam perjalanan dengan speedboat. Tambang lebihkurang THB1000/pax ( harga yang ditetapkan oleh Kerajaan ). Beli dengan ulat boleh dapat murah, tapi minta dulu polisi insuran, Pastu nak masuk ke jeti kena cukai jeti dan taman negara THB220/pax. Bila mendarat di jeti terapung anda perlu bayar lagi THB100/pibalik Taxi Boat.
Total bajet THB1320/seorang pi balik.

Bilik penginapan THB1500 tanpa hawa dingin. Boleh muat 2 orang. Tambahan extra bed Thb700/org. Kalau anak 5 maka 5 x thb700 campur dengan Thb1500 itulah harga semalam.

Bilik Hawa dingin Thb2500 . Boleh muat 2 orang. Tambahan extra bed Thb700/org. Kalau anak 5 maka 5 x thb700 campur dengan Thb2500 itulah harga semalam.

Makan pula, Thb300 untuk Nasi Goreng dan teh o ais. Kalau nak makan seafood, agak mahal.

Anda boleh buat pilihan, bermalam di Pak Bara 2 malam. Hari kedua ambil pakej sehari ke Koh Lipe THB1990/pax. Termasuk tambang bot, makan, insuran dan cukai taman negara. Masa bermula tetap jam 9.00 pagi dan berakhir aktiviti jam 5.00 petang.

Pak Bara
Bilik penginapan murah dan makan seafood dan Thai food pun murah.

Koh Bulone

Buat masa sekarang KARLISA TRAVEL telah menghentikan pengambilan penumpang secara random atau orang perseorangan kerana banyak masalah dan karenah bila dalam satu bot tidak sama kepala.

SEWA BOT : THB10,000 tidak lebih 10 penumpang termasuk kanak kanak.
Termasuk, makan buffet, insuran,permit ke pulau, peralatan snorkeling dan pemandu pelancong ( wajib ).

CUKAI TAMAN NEGARA
Bila tiba di jeti, anda perlu membawa cukai Taman Negara sebanyak THB200/orang ( dewasa/kanak-kanak) kepada PEGAWAI TAMAN NEGARA.

Soalan :
1. Bagaimana group kami cuma 2 orang.
Jawapan :
1. Sewa sebuah bot atau pergi pakej Koh Lipe setiap jam 9.00 pagi.

2. Bagaimana dengan kanak-kanak bawah umur.
Jawapan :
Selagi bernyawa, pihak berkuasa tidak berkrompomi dalam peraturan menghadkan 10 penumpang dalam 1 bot.

3. Berapa jarak dari Jeti pak Bara ke Koh bulone.
Jawapan:
18 km atau 45minit hingga 1 jam dengan bot kayu atau longtail bot.

4. Boleh guna SPEEDBOAT tak ?
Jawapan :
Boleh . Namun sukar untuk aktivi snorkeling kerana speedboat dilarang ke kawasan batu karang.
Lagi pun bila air surut speedbot tidak boleh mendarat di tepi pantai. Anda kena menyewa sebuah bot panjang THB4500 untuk transit.

3. Berapa Harga sebuah speedboat.
Jawapan :
THB15,000 - THB20,000 sebuah 15 penumpang tanpa makan. Tambahan Thb4500 untuk transit ke pantai dan aktiviti snorkeling.
( tidak termasuk cukai taman negara )

TEMPAHAN PAKEJ
Hubungi Karlisa Travel Klik Disini

Aktiviti senpang 3H2M atau 4H3M selain dari aktiviti ke pulau.
Dapatkan Info Klik Disini

karlisa travel
Koh Bulone macam lukisan 








Melawat Satun Updated at: September 28, 2018

1 comments:

  1. Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik. Susah nak cerita sebab terlalu subjektif. Namun masing masing ada kelebihannya.

    BalasPadam

Mesej Ke CJS