Home » » Cara memilih Ayam di Thailand

Cara memilih Ayam di Thailand

Cara memilih Ayam di Thailand, satu tajuk yang membuat ramai yang nak baca.
Ada juga yang tak baca terus buat andaian. Makcik jangan membawang lagi. Baca dulu pelan pelan pelan.

Sebut ja Ayam Thailand, Pakcik pakcik mula telan ayaq lioq. Nampak cermin kaca.Macam akuarium tapi bukan
Ikan , namun ayam. Makcik pula memikirkan pulut ayam dan kerabu kaki ayam. Tapi bila pakcik pi sorang
makcik dah tak senang hati. Takut pakcik tidur dengan ayam.

Cara memilih ayam di Thailand. Bagi kaki bela ayam sabung, depa biasanya cari ayam jantan dari baka baik.
Depa suka beli anak ayam jantan. Tapi sebenarnya nak baka baik cari anak ayam betina dari baka bapak ayam
sabung yang baik.

Makcik dok tanya CJS, awat kaki ayam di siam putih melepak. Macamana depa basuh ?
CJS bagi tau, remdam kaki dengan cuka makan.
Yang pakcik dok bang dengar tapi tak tau punca mencelah.
Awat kaki depa putih gebu cikgu.
Oh yang tu ka pakcik, sebab ayam tu pakai kasut tumit tinggi. Betis depa pakai stoking nipis ikut warna
kaki. Kalau tak, bekelaghah macam kaki makcik gak.
Pakcik ohhhhhh panjang, baru paham.
Makcik belum paham soalan pakcik.Terbeliak biji mata cuba menangkap soalan dan jawapan.

Ayam di Thailand ni Halal dak, cikgu ?
Tanya makcik bawang  lagi.
Kalau orang Islam jual,halal makcik.
Pakcik jampuk, HALAL !
Boleh kalau nak yang halal pakcik. Tapi modai besaq sikit, kata CJS.
Pakcik tanya, boleh ka.
Awat tak boleh pula,balas CJS.
Pakcik tersenyum sambil anggukkan kepala.
Makcik tanya lagi, camana nak tau ayam tu hat elok cikgu.
Biasanya ayam putih tu masih segar, biasanya yang depa layoq api tu, agak lama sikit,balas cjs.
Pakcik tak ketahuan punca tanya, ada ka hat elok ?
Cjs jawab,ada. Nak try ka ?
Makcik potong cakap, nak try nak masak tang mana cikgu oiii.
Boleh aih, makcik mai umah saya, nanti bini saya tolong masak.
Sementara tu saya bawa pakcik pi pilih ayam.
Pakcik senyum sampai ke telinga.

CJS dan pakcik pun  cari ayam.
CJS bawa pakcik pi rumah tok imam.
Pakcik tanya ni rumah sapa ?
Ni rumah tok imam,balas cjs.
Pakcik tersenyum panjang. Bersambung Disini

Sila Komen di FACEBOOK

CJS SATUN 406
Kaki



Bersambung.......

Melawat Satun Updated at: September 18, 2018

1 comments: