Cari Info CJS

Home » » BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

CJS SATUN 406
TM6 THAI

Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini.

1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi.
- keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua.
- Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai.
- Departure Card disimpan bersama passport atau border pass.
- Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping.
- JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha )
Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang.


Borang TM2 dan TM3 dicopy dari https://www.riderchris.com/

2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan.
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

3. TM3 adalah borang maklumat penumpang.
Proses sama serperti diatas
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

PENTING : Ambil semua gambar borang simpan untuk bukti jika hilang.

4. BORANG YANG SANGAT PENTING JIKA BERKENDERAAN
- custom declaration form
INFO PENTING BACA DISINI

5.Info Tentang Pak Bara Baca di Sini. CLICK

6. Hubungi Kami Disini

Melawat Satun Updated at: September 27, 2018

1 comments:

Mesej Ke CJS