Home » » Satun atau Krabi

Satun atau Krabi

Satun atau Krabi yang mana satu destinasi pilihan anda.
Krabi adalah destinasi perlancongan yang sangat terkenal di Thailand dan serata dunia. Dalam setahun berjuta perlancong yang datang melawat Krabi. Logiknya , dah tentu banyak batu karang dah rosak dipijak oleh pengunjung.

Manakala Satun pula , baru untuk naik nama dalam peta perlancongan di Thailand. Dalam kajian Tourism Thailand , masih berbaki 25% batu karang yang tercantik yang tertinggal di Thailand. Dalam 25% itu semuanya terletak di Satun.

Satun pula sekadar bersempadan dengan Wang Kelian Perlis. Maka jarang untuk ke Satun tidaklah jauh berbanding ke Krabi.
Lihat google map.

Dari Wang Kelian ke Ao Nang lebih kurang 285km atau 4jam lebih memandu. Tetapi ke Pak Bara sekadar 75km sahaja.
Di Pak Bara anda boleh ke Koh Bulone dengan menyewa sebuah longtail muatan 10-20 orang sekadar thb7500 sebuah ditambah dengan makan thb150/seorang dan sewa snorkel thb100/setiap satu. Bajet seorang THB630/org dan sangat berbaloi untuk percutian bersama keluarga. Anda boleh merancang percutian hujung minggu sabtu dan ahad atau 3H2M.

Jika ke Krabi Island Hopping dengan longtail boat at least THB900 termasuk cukai, makanan dan snorkel. Itu tak masuk tambang dan minyak kereta dan memandu dalam jarak yang jauh. Bila snorkeling yang pasti anda lihat batu batan dan pasir, mungkin ikan belang banyak kerana dibenarkan memberi makan untuk tarikan perlancongan.

Tidak dinafikan permandangan di kepulauan sekitar Krabi amat cantik.


Tapi anda lihat gambar gambar disekitar Koh Bulone yang jaraknya sekadar 18km dari Pak Bara.
Mungkin anda tertanya tanya, ada juga tempat yang menarik dan cantik di Satun, kenapa kami tidak tahu.
Ni nak bagi tau , bahawa gambar gambar dibawah adalah pemandangan di Koh Bulone , Satun.
Anda boleh share dengan sanak saudara dan sahabat handai.

















Melawat Satun Updated at: Februari 21, 2017

0 comments:

Catat Ulasan