Home » » Pas Sempadan Atau Border Pas Malaysia

Pas Sempadan Atau Border Pas Malaysia

Pas sempadan atau Border Pas Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan ( negeri sempadan)  khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) .
- Permastautin negeri sempadan dengan bukti alamat di My Kad.
– Kelahiran negeri sempadan tetapi telah mengubah alamat ke negeri selain negeri sempadan, boleh berbincang di Pejabat Imigresen berkaitan.
 - Anak anak yang ibubapa dari negeri bersempadan tetapi lahir diluar negeri sempadan dan alamat mykad bukan negeri sempadan , tidak layak.

Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.
Contoh :
Satun
Bandar Satun
Tammalang
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone

Songkhla
Bandar Songkhla
Hatyai
Padang Besar ( Thai )
Sadao
Dannok

Atau rujuk google atau google map.

Permohonan pas sempadan masih sama menggunakan dua keping gambar berukuran 35 milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad) sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri dinyatakan
Gambar berlatarbelakang berwarna putih. Bayaran RM10.00

0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com