Home » » Catatan Begpackers Ke Koh Lipe

Catatan Begpackers Ke Koh Lipe

Catatan Terbaik dari rakan yang ke Koh  Lipe. Copy paste

Kalau penulis terbaca komen ye.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1472546756089294&id=100000019507657

Backpacking | KL - Hatyai - Koh Lipe - KL
*The Maldives of Thailand*
-----------------------------------------------------------
.
Ini ialah coretan perjalanan kami dari KL ke KOH LIPE. Sebab ramai yang bertanya, aku gagahkan juga diri menaip entri kali ini. Trip ini ibarat "sambil menyelam minum air", aku pergi berempat dengan misi untuk buat photoshoot sambil jalan-jalan makan angin & berehat. Bermula dengan sesi perbincangan pada 3/11/2016 di Damansara, kami plan 5H 4M termasuk perjalanan dari KL (TBS) - Hatyai - Pak Bara - Koh Lipe - KL. Cadangan awal ialah ke Phuket tetapi kerana Phuket tu sangatlah 'crowded' kami terpaksa tukar plan. Setelah buat research, terjumpa satu blog    satunsiam.blogspot.com
Dari blog ni kami kenal dengan Karlisa Latisya, orang Malaysia yang menetap di Satun, Thailand. Kami contact Karlisa dan dia banyak beri info pasal Lipe & uruskan tiket Speedboat dari Pak Bara Pier ke Koh Lipe. Aku & Hannah dari JB, Lela & Z dari KL, meeting point di TBS (terminal bersepadu selatan).
.
Perjalanan kami bermula pada 17/11/2016 dari TBS jam 10.30mlm dengan menaiki ALISAN GOLDEN COACH dari KL ke Hatyai. Tiket sehala dalam RM60++ seorang. Tiket boleh dibeli online diwebsite, www.alisangoldencoach.com.my/. Sepanjang perjalanan masing-masing dah kelaut tidur. Aku sedar bila sampai kat Bukit Kayu Hitam dalam jam 3.30pagi. Kami beratur cop passport dan segera naik bas. Selesai pemeriksaan, bas bergerak merentas sempadan ke Sadao Imigration Centre untuk pemeriksaan pihak imigresen Thai pula. Disini lah kena isi ARRIVAL CARD..yang bagusnya Alisan Express ni siap isikan arrival card untuk penumpang semua. Proses ini memakan masa lebih kurang 45min ke 1 jam, sementara menunggu penumpang lain habis urusan, boleh la cuba street food yang dijual berhampiran. Kitorang alas perut dengan Sosej goreng oleh penjaja muslim(dia je yang nampak macam muslim). Daerah diselatan Thai masih ramai orang Islam & ramai juga yang boleh berbahasa melayu loghat utara. So kurang la sikit jurang bahasa tu kan.
.
Perjalanan selama 1 jam 15 minit diteruskan ke Hatyai, melalui Dannok. Kami sampai di pejabat Alisan Golden Coach, Hatyai lebih kurang jam 7.00pagi (local time). Kami naik teksi THB1000 untuk 4 orang sehala ke Pak Bara Pier, agak mahal tapi disebabkan takut tertinggal speeboat kami redah je. Boleh tahan laju abang tu merempit. Sampai di Pak Bara lebih kurang 9.30pagi, kami terus ke Baanpun Travel, ejen feri yang Karlisa uruskan. Bayaran untuk SPEEDBOAT pier ke koh lipe ialah THB1000 pergi balik/seorang. Kami terlepas speedboat pertama ke Lipe, terpaksa naik speedboat pukul 11.00 pagi. Sementara tunggu feri, kami pergi brunch kat restoran berdekatan makan nasi kuning. Sedap, mcm nasi ayam tp lebih berempah.
.
Tepat pukul 11.00pagi kami board Bundhaya SpeedBoat ke Lipe, perjalanan makan masa 1 jam 30 minit. Bot ini berhenti di 2 pulau sebelum sampai ke Koh Lipe. 1st Stop Koh Tarutao National Marine Park, Kat sini kalau nak masuk kene bayar, kalau tak nak, lepak je kat jeti dalam 15 minit. 2nd stop Koh Khai, kat sini berhenti 15 minit juga. Koh Khai terkenal dengan Love Arch Stone dia ala-ala pintu gerbang gitu. Last stop barulah sampai ke Koh Lipe. Bot akan berhenti kat Jeti yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari pantai, untuk preserve coral, bot besar tidak dibenarkan masuk sampai pantai, cuma sampai jeti sahaja. Sampai jeti kena bayar tol@ permit THB250 seorang dah termasuk 50 untuk longtail boat/seorang. Resit jangan dibuang, sebab permit ni lesen korang kalau nak ke pulau lain sekitar marine park. Takde resit tak boleh masuk nanti. Dari jeti kami naik LongTail boat ke Pattaya Beach. Kami stay di Baan Kasirin 2, terletak kat tengah2 Walking Street. Booking hotel dari AGODA.com dapat rate RM104/night. Kami ambil 2 bilik. Dari Pattaya beach kami naik teksi motor THB50 seorang ke sana. Sebenarnya boleh je jalan tapi disebabkan dah penat dan equipment berat, ditambah perut dah keluar lagu dangdut..hihihi
.
Lepas check in, kami rehat kejap, solat dan mandi. Keluar semula ke Walking Street dalam pukul 3.00ptg, terus cari kedai makan..lapar teruk ni. Kami makan di Restoran Mina, salah satu restoran makanan halal kat Lipe ni (di tengah Walking Street). Mesti cuba rasa Ayam Goreng Pulut, sedapppp Ayam goreng rangup yg dimakan dengan pulut. Harganya agak mahal RM80 sekali makan alas perut. Lepas makan kami jalan kaki ke Pattaya Beach survey kawasan sambil cari boat nak sewa. Sebenarnya diwalking street banyak ejen boat yang boleh disewa untuk ke island sekitar Lipe. Tetapi harganya sekitar THB2500 per bot sehari. Oleh kerana kami bukan nak ISLAND HOPPING, tapi nak mencari tempat untuk photoshoot, jadi kami perlukan boat sehari suntuk untuk melayan kami sahaja. Kami dapat deal sewa bot serendah THB1600 sehari dari tekong nama Prasit. Selesai bayar deposit, kami terus jalan ke Sunset Beach.
.
Hari pertama sampaikan, baca map pon tunggang terbalik, kami terikut jalan jauh yang boleh tahan mencabar! memaksa kami daki bukit, azab teruk lepas makan daki bukit curam hihihi. Sampai kat Sunset Beach pukul 5.30ptg. Sebab equipment semua tinggal kat resort, jadi kami guna apa yg ada je untuk record sunset timelapse. Hari pertama ni kami bertuah sebab dpt tengok sunset yang sangat cantik.. Masyaallah, indah ciptaan ilahi. Kami stay sampai gelap, nasib baik handphone skrg da ada torch light. Memang gelap, takde lampu jalan sepanjang perjalanan balik dari Sunset Beach ke Walking Street. Dalam 15 minit jalan kaki lalu kuil, kubur dan belukar (nasib baiklah yang dalam group kami ni takde DIVA hahaha, kuil, kubur, curam, belukar selamba je diredah). Actually boleh ambil teksi motor, tapi bagi kami macam membazir dan tak adventure. Aku sempat spray PARFUM sikit, baru lah tak keluar bau bangka time berpeluh sepanjang berjalan ni hahaha. Oh ya Koh Lipe terbahagi kepada 3 bahagian, PATTAYA BEACH, SUNSET BEACH DAN SUNRISE BEACH. Lagi satu kami nak pesan dipulau ini banyak anjing, tapi jangan risau anjing-anjing disini tidak liar dan tidak mengganggu sesiapa, cuma terlebih manja je hahaha..
.
Malam tu kami dinner kat Restoran Raklay, kedai makanan laut halal berdepan dengan Oasis Lipe Resort.
Not that cheap & not too expensive. Lepas makan, singgah beli air mineral 1 carton untuk trip esok ke private island. THB60 untuk 6 botol 1.5L. Balik ke hotel, discussion sekejap(sebab banyak sangat nyamuk) terus masuk tidur. Disini kena bangun awal kalau nak kejar Sunrise, waktu terbit matahari lebih kurang jam 5.30pagi waktu tempatan. Subuh jam 4.45pagi macam tu.
.
Pagi tu lepas solat kami terus berjalan menuju ke Sunrise Beach at 5.30am, lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari walking street. Alhamdulillah, pagi hari tu cuaca cerah, dapat tengok Sunrise yang cantik. Dapat tengok susunan bot longtail yang teratur, berlatar belakangkan sang mentari pagi!
.
Jam 6.00pagi kami berjalan menuju ke Pattaya Beach sebab dah janji dengan tekong pukul 7.30pagi. Sebelum itu kami breakfast dulu kat Mah Noh Kitchen, satu lagi kedai makanan halal kat Lipe. Kedai ni recommended, harga murah & sedap! Service 5 bintang! Nasi Goreng ayam (big portion) baru THB40. Dari info yang kami sempat buat research..kalau nak makan murah, kena jalan kehujung kampung, kalau di sepanjang walking street harga boleh tahan mahal. Kat Mah Noh Kitchen ni boleh makan nasi goreng atau ayam goreng pulut, sedap & portion makanan dia besar!. Kami sempat bungkus untuk bawa masa island tour photoshoot.
.
7.30 pagi kami sampai kat Pattaya beach, Prasit dah sedia menanti. Kami naik bot dan trus ke lokasi pertama, Koh Kra. Jarak pulau ni lebih kurang 1km dari pantai, kecil je tapi bersih dan airnya yg jernih. Kat Koh Kra ni ada bukit yang boleh dipanjat dan nikmati view lautan yang jernih! Jelas nampak coral keliling pulau tu. Tapi hati-hati, lerengnya memang curam, kalau jatuh boleh cedera parah. Korang boleh berkayak atau berenang je ke Koh Kra kalau nak, sebab lokasi dia memang berhampiran dengan pantai. Kami habiskan separuh hari disana. Kami teruskan perjalanan jam 12.00 tengahari ke lokasi ke 2, Koh Adang. Disini ada 2 waterfall & tapak perkhemahan. Kami berhenti sekejap berhampiran pantai, airnya yang biru memukau mata kami untuk photoshoot kat atas bot. Lebih kurang 30 minit, Prasit bawa kami ke Mini Waterfall di sebelah belakang Koh Adang. Air terjunnya sangat bersih dan cantik walaupun kecil dan tersembunyi. Kami makan tengahari dengan bekalan nasi goreng dari Mah Kitchen, walaupun kelaparan jenuh jugak nak habiskan sebab portion dia besar. Niat nak bersantai di pesisir pantai Koh Adang terpaksa kami tangguh sebab bateri Drone dah flat. Kami minta Prasit hantar kami ke Pattaya Beach semula supaya dapat caj bateri drone sejam dua. Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami keluar semula menuju Koh Adang dan bersantai dipantainya. Kat sini airnya lebih dalam berbanding Koh Kra. Kami stay untuk photoshoot drone & berendam sampai lewat senja. Kami pulang semula ke hotel dalam jam 7.30mlm.
.
Misi kami malam kedua nak cari restoran halal yang murah. Finally kami jumpa sebuah restoran halal, tapi sayang tak sempat catat namanya tapi harga yg murah dan sedap. Beli ikan besar seekor (kongsi 4 org) dapat free sayur, nasi & air termasuk lauk tambahan tak sampai THB800 (makan sampai tak boleh jalan). Ikan Siakap Sweet Sour pilihan perut yang kebuluran. Lokasi restoran ni berhadapan dengan Ricci House di penghujung walking street. Korang jumpa 7-Eleven, belok kiri, kedai dia no 3 sebelah kanan. Semua pelayan dia boleh berbahasa melayu loghat utara. Lepas makan, kami jalan cuci mata sambil cari souvenir di walking street. Jangan lupe amek gambar dengan AIWA, kire trademark Lipe jugak ni. Malam tu hujan lebat sampai awal pagi. Kami berkira-kira untuk ke Sunrise beach, sebab kebarangkalian nak tengok sunrise agak tipis. Oleh sebab kerja dah hampir selesai..kami pergi juga, dapat tengok sekejap je sebelum awan mendung datang lagi. Bila hujan mula menitik, kami terus ke Mah Noh Kitchen untuk breakfast. Hujan masih tak henti-henti lepas breakfast, so kami decide untuk balik berehat kat hotel je. Lebih kurang pukul 10.30 pagi hujan reda, kami teruskan aktiviti photoshoot d Walking Street & Pattaya Beach.
.
.
Hari terakhir itu kami habiskan untuk photoshoot tambahan extra gambar di sekitar WALKING STREET. Dari hujung sampai ke hujung mencari port view yang cantik. Bila penat kami berhenti minum air kelapa FRESH yang cuma THB50 sebiji. Sebab hari terakhir jadi kami gunakan setiap saat sebaik-baiknya, berehat balik ke hotel waktu nak maghrib dan sambung balik di sebelah malam. Habis sesi photoshoot malam, balik letak equipment dihotel dan pergi dinner dikedai semalam. Kami repeat dinner disini sebab harga & rasa yang amat berpatutan. Kali ni kami makan sampai buncit tak habis THB 700 untuk 4 orang. Menu biasa ikan siakap cili padi lori terbalik, sayur, ayam dan lauk tambahan lain. Paling penting SERVICE terbaik.
.
.
Ikutkan tak cukup je masa nak explore semua tempat kat sini, esok seawal pagi kami dah balik. Sebelum balik aku dengan Hana sempat pergi massage kaki yang lenguh ni. Rugi kalau datang kesini tak cuba MASSAGE. Tak mahal THB300 saja. Fullbody baru THB400. Lela dengan Z pegi sambung jalan kat walking street. Sambil tengah MASSAGE ni aku semacam je awek Thai tu jeling aku, lepas tu senyum sambil kenyit mata..oh patutlah aku pakai Radja Parfum... ;)

P/S: Full Drone video korang boleh tgk kat Youtube https://youtu.be/n9RDthlpseA

#KohLipe #Backpackerstrip
#DJIPhantom3 #CanonNikonBergabung
#GoProHero4 #SJ4000 #SJCam #D750
#TravellerPerfume #Perfumefortraveller #PocketHandyPerfume
#SuperWangiCrewMY














0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com