Langkau ke kandungan utama

Etika Memandu Di Satun Thailand

Memandu di Satun Thailand tidak sama seperti memandu di Malaysia. Walaupun jalannya agak elok dan highway tanpa tol tetapi di Highway ada U-Turn , ada simpang dan ada Traffic Light.
Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :-


  1. 90% penunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Oleh itu kita perlu berhati hati dengan mereka. Mereka tidak tahu dibulatan nak ikut kanan atau kiri. Di simpang kena berhenti sebelum membelot . Mereka menunggang songsang arus. Bila kemalangan , 99.9% kenderaan plat Malaysia akan disalahkan. Mereka enggan report jika kemalangan dan kalau report pun plat Malaysia menjadi mangsa.
  2. Di Highway elak memandu dilorong kiri. Biaq pi lah kalau depa nak hon atau flash light. Ini untuk mengelak risiko terlanggar motosikal di lorong kiri. Lorong paling kiri adalah laluan motosikal pergi dan balik.
  3. Elakkan memandu di lewat malam hari dalam jarak yang jauh. Risiko kemalangan tinggi kerana motosikal roda tiga keluar pergi menoreh getah. Kita keliru kerana kebanyakkan motosikal kegunaan kerja tiada lampu belakang dalam istilah lain " not well maintanance ". Boleh naik pi kerja saja.
  4. Jangan ikut kereta plat Thai terlalu hampir. Risikonya , kemungkinan pemandu tiada lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Mereka nak belot atau berhenti ikut suka hati.
  5. Memandu perlahan didalam pekan atau bandar. Selalunya di pekan sesak dengan kenderaan yang parking ikut suka hati.
  6. Pakai talipinggan keledar atau topi keledar, risiko disaman ( pau ) amat tinggi jika plat kenderaan anda berwarna hitam.( plat malaysia).
  7. Jangan parking ikut suka, jika kereta anda DILANGGAR anda yang terpaksa membayar gantirugi pada yang melanggar.
  8. Jangan langgar lampu isyarat kerana di setiap simpang di Satun Thailand atau di seluruh Thai ada CC TV . Nanti anda di viral . Mereka langgar tidak mengapa. 
  9. Bila ditahan roadblock dan disaman , minta surat saman dan resit. Nilainya sekadar ratus baht saja. BUKAN ribu.
  10. Walaupun Thai macam koboi tapi anda dinasihatkan jangan jadi koboi. Jika kemalangan " makan tak habis". Masa tu anda baru tahu langit tinggi atau rendah. Anda tetap bersalah tanpa melakukan kesalahan. Ada setengah wilayah / provinsi  " boleh buat kenduri arwah" .
Sepuluh panduan yang amat berguna. Walaupun anda dah berjuta kali memandu atau menunggang di Thailand , anda dinasihatkan berhati hati. Malang tak berbau. Kena sekali anda tobat tak masuk dah.

Jika berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan :-

Kedutaan Malaysia Di Bangkok
33-35 , South Sathorn Road , Thungmahamek, Sathorn, Bangkok , Thailand.
No Tel : +66-2-679 2208 / +66-2-678 2270

Konsulat Jeneral Di Songkhla
No.4 , Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand
No Tel : +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274

Atau

Whatsapp : Abg Joe atau Cikgu Joe
+66629728939 / Karlisa +66887553209


Ulasan

acid mustafa berkata…
Terbaik abg Joe. Thanks sharing.
BELAJAR BAHASA berkata…
Untuk melancong ke Thailand dari Malaysia, bisa melalui jalur jalan darat
reezluv berkata…
yup..betul tu,,kwn aku sendiri nasihat kalau nak kesana kena la sewa kereta atau mintak ada tour guide..baru senang..takde le risiko

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su