Home » , , » SATUN DAN TEMPAT TEMPAT MENARIK

SATUN DAN TEMPAT TEMPAT MENARIK

Travel Blog Malaysia Thailand
SATUN DAN TEMPAT TEMPAT MENARIK
Satun adalah sebuah wilayah ( negeri ) yang bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia. Pintu masuk yang terdekat adalah dengan melalui Wang Kelian. Dari lebuhraya utara selatan,anda perlu memandu ke Pekan Changlon Kedah. Di pekan ini ,anda boleh membuat urusan seperti :-
1.       menukar wang RM ke THB
2.       membeli insuran kereta ke Thailand
Dari Pekan Changloon anda memandu ke hala utara sehingga menemui Lebuhraya ke Kuala Perlis. Dari sini anda memandu ke Chuping Perlis atau berhampiran Kampus Induk UniMap. Anda mengambil simpang ke Padang Besar. Sesampai di Padang Besar,anda belok kiri ke Kaki Bukit ( sebelah Pejabat Kastam).Kemudian anda memandu sehingga menemui Komplek Unimap disebelah kiri dan simpang di sebelah kanan.
Dari simpang UniMap anda ikut arahan jalan dan memandu ke Wang Kelian. Sebelum memasuki Thailand,anda PERLU mengisi minyak tanki penuh di CALTEX Wang Kelian. Kemudian anda akan melepasi pemeriksaan UPP dan memandu sehingga menemui Komplek Kastam dan Imigresen Wang Kelian.Selesaikan urusan Passport di Wang Kelian dan terus memandu Ke Wang Prachan Thailand.
Komplek Kastam Thailand di Wang Prachan, anda perlu :-
1.       mengisi borang untuk Passport Malaysia di Balai Imigresen sebelah kanan pintu pagar sempadan.
2.       Berbaris untuk pemeriksaan passport
3.       masuk ikut kiri,sehingga ke hujung pejabat,terdapat pejabat Kastam Thai untuk pengistiharan kereta.
Siap segala urusan , anda telah bersedia memandu di Thailand.
Pengenalan Tentang Wilayah ( Negeri ) Satun . Ibunegeri atau ibu wilayah adalah Bandar Satun. Satun juga merupakan nama sebuah Daerah. Kalangan orang utara memanggil SATUN dengan SETOI. Di Negara Thai, Nama Wilayah,Nama Ibu Wilayah dan Daerah  digunakan nama yang sama . Oleh itu menimbulkan kekeliruan kepada pelancong.

Antara Daerah di WILAYAH SATUN.
1.      
       Daerah Khuan Don . Nama Bandar Khuan Don. Meliputi dari sempadan Wang Prachan sehingga ke jalan ke Hat Yai.
2.       Daerah Satun , Nama Bandar juga Satun. Ada beberapa pekan kecil dalam daerah Satun. Antaranya Chalung , Klong Kut,Tammalang,Che Bilang,Ban Khuan dan Tanyong Po.
3.       Tha Phea ,jalan dari pekan Chalung ke Pak Bara Langu dan Trang atau Krabi.
4.       Langu . Pak Bara dalam daerah Langu.
5.       Thung Wa, daerah yang bersempadan dengan Langu dan Wilayah Trang.
6.       Manang , daerah tanah tinggi dan popular dengan Kayak
7.       Khuan Kalong,daerah yang bersempadan dengan Phattalung
Rujuk Pada Peta

Add caption


Anda berada di Lokasi A , ( Wang Kelian ) anda memandu lebih kurang 19km anda akan berjumpa dengan LOKASI B. Anda belok kiri dan memandu lebih kurang 7km anda akan berjumpa simpang pertama di LOKASI C. Lokasi C ada dua traffic Light.

LOKASI C
1.      
   Anda belok kanan di Traffic Light pertama,anda akan ke Pekan Khuan Don dan terus ke Hat Yai
2.       Anda belok kiri di traffic light pertama , anda ada pilihan samada ke Bandar Satun atau ke Langu ( Pak Bara )
3.       Anda belok kiri dan terus selepas trafic light no.2 , anda akan ke Bandar Satun ( LOKASI D ) lebih kurang 10 km
4.       Anda belok kiri di TRAFFIC LIGHT no 1 dan belok kanan di TRAFFIC LIGHT no 2 anda akan ke Tha Phea,  Langu (LOKASI H) ,Pak Bara LOKASI I ),Thung Wa, Trang atau Krabi.
Dari Lokasi A ke Lokasi B anda akan menggunakan Lebuhraya 4184 dan belok kiri guna Route 3005.
Dari Lokasi B ke Lokasi C anda akan guna route 3005.
Dari lokasi C ke lokasi D anda akan menggunakan Lebuhraya 406.
 Dari C ke H anda akan menggunakan Lebuhraya 416.

Tempat Tempat Menarik
Dari lokasi A ke B anda akan bertemu dengan dua destinasi perlancongan :-
1.       Nat atau Pekan Hari Sabtu dan Ahad di Wang Prachan
2.       Thaleban. Hutan simpan dan tasik semula jadi
3.       Air terjun Ya Roi ( Namtok Ya Roi )
Dari Lokasi C ke Lokasi D pula,anda boleh melawat beberapa tempat tempat menarik dan pusat membeli belah.
1.       Lokasi C adalah Pekan Chalung
2.       Selepas traffic light no 2 ke lokasi D, 1 km anda akan jumpa satu lagi traffic light.Anda belok kiri, dan masuk ke Ban Khuan atau dalam bahasa Melayu Kampung Guar. Selesap simpang 100 meter,disebelah kanan ada sebuah masjid. Nama masjid itu adalah Masjid Misbahuddin. Di Kampung Guar anda akan bertemu dengan 100% penduduk berbahasa Melayu. Di kawasan Masjid Misbahuddin ada sebuah sekolah tadika yang mengajar Bahasa Melayu kepada anak anak penduduk yang berusia dari lima tahun ke duabelas tahun pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
3.       Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh memandu terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok kiri ke jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan anda memandu sehingga jumpa simpang T yg kedua. Ke Kanan ke Lokasi G atau Che Bilang. Jika anda belok kanan , anda menuju ke Bandar Satun ( Lokasi D ) dan juga simpang ke Lokasi F ( Tanyong Po ).
4.       Dari Lokasi C ke Lokasi D,selepas Kg Guar Ban Khuan, anda memandu terus mengikuti Lebuhraya 406, lebih kurang 6km anda boleh singgah untuk shopping di MAKRO SATUN. Selepas Makro, jika anda memandu terus,dikiri ada sebuah tapak projek lapangan terbang. Di Tapak itu,setiap awal Mac akan di adakan Festival Layang Layang Sedunia Satun.
5.       Dari Makro lebih kurang 3km , disebelah kiri ada sebuah Pasaraya BIG C.
6.       Anda akan memasuki Bandar Satun. Mercu tanda adalah sebuah masjid yang dikenali dengan nama 
  
     MASJID MAMBANG SATUN.
7.       Berhampiran masjid terdapat Menara Jam Besar dan Muzium Satun atau Kuden Mansion. Disini terdapat banyak Hotel dan resort untuk anda bermalam
8.       Pada hari Sabtu malam Ahad, diadakan sebuah Pasar Malam yang di kenali Saturday Night Market.

Dari Lokasi D ke Lokasi E ( Satun ke Tammalang )

Jarak dari Lokasi D atau Bandar Satun ke Tammalang kira kira 4km hingga 5 km sahaja. Tammalang adalah sebuah perlabuhan nelayan di Wilayah Satun. Disini terdapat dua buah jeti :-
1.       Tammalang Pier ( Jetty ke Langkawi )
2.       Jeti ke Kampung Tammang Hulu dan Tammalang Hilir, sebuah pulau kecil .
Aktiviti Di Tammalang
Di Tammalang anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang menarik , antaranya :-
1.       Menaiki bot tambang  dan melawat perkampung nelayan. Penduduk kampung 100% boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika anda datang dalam kumpulan minimum 10 orang , anda boleh bermalam bersama penduduk kampung di Homestay yang disediakan.
2.       Melawat Jeti Tammalang dan bergambar dengan replika KETAM BATU GERGASI.
3.       Melawat Taman Hutan Bakau dan memanjat menaran tinjau setinggi 5 atau 6 tingkat. Pemandangan Negeri Perlis jauh kehijauaan di seberang.
4.       Melawat gua yang pintunya di permukaan laut. Anda perlu menyewa bot dan minimum 10 orang,
5.       Jika anda ingin mandi laut , anda perlu menyewa bot ke Koh Yau ( minimum 10 orang )
6.       Memberi makan Helang di pelantar .Terdapat lebih dari 80 ekor helang akan menyambar makan jika anda mencampaknya.
Anda boleh bermalam di Bandar Satun atau di Homestay Tammalang. Bajet dari THB1000  seorang minimum 10 orang untuk 2H1M.


Replika Ketam Di Tammalang
Menara Tinjau Tammalang


PUYU TAMMALANG
Memerhati Helang Di Tammalang







LOKASI F ( Tanyong Po )

Untuk ke Tanyong Po atau nama asalnya Tanjung Pauh ada dua pilihan jalan, antaranya :-
1.       Dari LOKASI C , anda memandu ikut Lebuhraya 406 ke Bandar Satun ,anda jumpa traffic light no 3 dan anda belok kanan ke Ban Khuan ataua Kg Guar. Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh memandu terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok kiri ke jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan ( Pengkalan Jintan ) anda memandu sehingga jumpa simpang T yg kedua. Anda belok kiri dan memandu lebih kurang 4km anda akan jumpa simpan dan belok kanan,ikut Papan Tanda Jalan. Memandu sehingga jumpa simpang T dan belok kiri ke Tanyong Po.
2.       Dari Lokasi D , dari Masjid Mambang anda memandu ke Simpang T jalan sehala dan belok kanan dan jumpa traffic light dab belok kiri. Memandu sehingga jumpa Traffic Light dan belok kanan.Memandu lebih kurang 5-6 km dan belok kiri. Ikut Papan Tanda Jalan. Memandu sehingga jumpa simpang T dan belok kiri ke Tanyong Po.
Menarik Di Tanyong Po
Tanyong Po popular dengan makanan lautnya. Terdapat banyak restoran di tepi pantai. Sambil menjamah makan,anak anak boleh mandi manda di laut. Jangan lupa untuk membeli belacan sebelum pulang. 80% belacan Tanyong Po di eksport ke Malaysia.

LOKASI G ( CHE BILANG )

Pulau Sarai Che Bilang

Ada dua jalan yang boleh anda guna untuk ke Che Bilang.
1.       Dari LOKASI C , anda memandu ikut Lebuhraya 406 ke Bandar Satun ,anda jumpa traffic light no 3 dan anda belok kanan ke Ban Khuan ataua Kg Guar. Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh memandu terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok kiri ke jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan ( Pengkalan Jintan ) anda memandu sehingga jumpa simpang T yg kedua.Anda Belok ke Kanan dan memandu sampai ke Che Bilang
2.       Dari Lokasi D , dari Masjid Mambang anda memandu ke Simpang T jalan sehala dan belok kanan dan jumpa traffic light dab belok kiri. Memandu sehingga jumpa Traffic Light dan belok kanan.Anda memandu lebih kurang 10km sampai penghujung jalan ke Che Bilang.
Che Bilang
Sebuah kampung melayu nelayan. Penduduk berbahasa melayu.Terdapat sebuah jeti kecil untuk ke Koh Sarai atau Pulau Serai. Di Koh Sarai anda boleh bermalam di resort ala homestay di tengah laut. Bila air surut terhampar sebuah beting pasir yang sangat besar dan panjang. Anda boleh mencari siput,kepah dan remis. Aktiviti malam,makan malam dengan hidangan ketam batu dalam perbagai rasa masakan. Bila air pasang anda boleh mandi manda atau memancing di atas pelantar di laut.

Pantai Tanyong Po

Pantai Tanyong Po


Restoran Di Tanyong Po


LOKASI H ( LANGU) LOKASI I ( PAK BARA ) DAN LOKASI J ( MANANG )
Dari Lokasi C ( Chalung ) di Traffic Light No 2 , anda belok ke kanan dan memandu kira kira 36 km ke Bandar Langu. Anda boleh membelok ke kiri di Traffic Light Pertama Langu dan belok kiri lagi di Pekan Langu dan memandu terus ke Pak Bara, jaraknya kitra kira 10 km

PAK BARA

Pak Bara  adalah pekan perlabuhan kecil. Terdapat sebuah jeti untuk anda ke pulau pulau Peranginan. Antara pulau pulau :-
1.       Koh Lipe ( Paling Popular ) Aktiviti snorkeling dan scuba diving sangat popular disini. Pantainya putih bersih terletak lebih kurang 67 km dari jeti Pak Bara. Terdapat banyak resort dan hotel disini . Di Koh Lipe terdapat sebuah pekan yang dikenali dengan Walking Street.
2.       Koh Tarutao
3.       Koh Adang
4.       Koh Bulone
5.       Koh Klang
6.       Koh Hin ngam ( Pulau Batu Hitam )
7.       Koh Khai ( Pulau Telur)
Bagi yang mengemar aktiviti snorkeling, anda boleh mengambil pakej sehari ke Koh Lipe. Kosnya diantara THB1990.seorang.Pakej ini termasuk :-
1.       tambang speed boat
2.       makan tengahari dan minumpetang
3.       Insuran
4.       Peralatan snorkeling
5.       cukai taman negara
6.       tour guide
Pakej bermula dari jeti Pak Bara pada jam 9.30 pagi waktu Thai dan berakhir jam 5.30 ptg waktu thai.
Anda akan dibawa ke Koh Khai , Kho Hin Ngam,Koh Cabang,Koh Rawi dan Koh Lipe.
Jika anda ingin bermalam di Koh Lipe, banyak resort dan hotel di Koh Lipe. Harga dari bilik berkipas THB1000 semalam sehinggalah THB10000 semalam. Kemudahan restoran islam juga mudah didapati di Koh Lipe. Cuma harga makanan di Koh Lipe berbeza seganda dari Pak Bara.
Gambar Coral di Koh Lipe










Selain dari itu, di Pak Bara juga popular dengan makanan lautnya. Ada berderetan kedai dan restoran makan di sepanjang Pantai Pak Bara. Resort dan hotel juga banyak di sekitar Pak Bara. Harga dari serendah THB650 sehinggalah THB1600 semalam.Pada setiap hari Sabtu dan Ahad ada sebuah pasar malam yang dibuka di tepi pantai Pal Bara.
Disekitar Pak Bara, anda boleh melawat Mo Ko Phetra National Park dengan bayaran THB100 seorang bagi pengunjung Malaysia. Di taman itu anda boleh bersiar siar di sepanjang jeti simen yang mengelilingi sebuah bukit. Pemandangan yang indah di tepi pantai dan udara yang dihembus angin sepoi sepoi bahasa.
Anda juga boleh pergi ke sebuah pulau berdekatan untuk aktiviti pantai. Koh Lidee terletak kurang dari 5 KM dari jeti Mo Ko Phetra. Tambang sebuah bot dari THB2500 – THB3000 bagi muatan 10 penumpang.
Bila waktu petang, anda boleh ke pantai Pak Bara, yang mana terletak sebuah beting pasir untuk anda mengambil angin petang dan menyaksikan matahari terbenanm. Air laut yang surut membolehkan anda berjalan sejauh 2 hingga 3 km di beting pasir itu.
Istana Pasir Pantai Pak Bara
Untuk yang datang berkumpulan, mereka boleh melakukan sukaneka pantai di pantai Pak Bara dan pada malamnya diadakan acara BBQ.


Taman Tepi Pantai Pak Bara


LOKASI J ( WANG SAI THONG MANANG )

Dari Lokasi H atau Pekan Langu, anda memandu lebih kurang 30km ke lokasi. Disini terdapat beberapa sungai dan jeram .Aktiviti berkayak arus deras sangat popular. Ada dua aktiviti berkayak menjadi pilihan :-
1.       Berkayak 9 km melalui Chet Kod Cave sejauh 1 km
2.       Berkayak 10km melalui jeram yang agak mencabar
Perbezaan yang ketara bila anda melalui dua jalan berkayak. Pengalaman memasuki gua yang panjang dan bertujuh liku amat gelap, menyeramkan perasaan. Berbekalkan lampu suluh anda akan mendayung sehingga keluar dari perut gua. Melalui jeram yang airnya laju menguji kecekapan anda mengendalikan kayak.
Anda juga boleh bermalam disini. Menghirup udara segar malam dipinggir hutan belantara dengan kesunyian malam bertemankan suarga cengkerik dan unggas hutan. Makanan hendaklah ditempah awal atau anda membawa bekalan makanan sendiri.
Kos berkayak THB 300 hingga THB350 seorang
Makan dari THB80 hingga THB150 seorang
Bilik dari THB450 hingga THB1500 semalam
Minimum pakej 10 orang.

Pemandangan Di Pintu Gua

Persiapan Berkayak

Kayak Di Manang ,Kanak Kanak


SATUN DALAM KENANGAN
Rasanya 3H2M tidak akan melengkapapi untuk anda menjelajah Wilayah Satun. Mungkin anda akan datang lagi untuk melakukan aktiviti yang masih tercicir. Sebagai kenangan , sehelai baju t I LOVE SATUN menjadi kenangan. Wilayah Satun di bahagian selatan dan berjiran dengan Perlis masih lagi terdapat penduduk berbahasa Melayu. Antara Kampung yang masih lagi menggunakan Bahasa Melayu :-
1.       Ban Khuan ( Kampung Guar )
2.       Chalung ( Kampung Cina)
3.       Kelubi
4.       Kubang Chamang ( Kubang Kiambang)
5.       Tammalang
6.       Tanjung Gabus ( Puyu)
7.       Chebilang
8.       Tanyong Po ( Tanjung Pauh)
9.       Sedikit orang lama di Bandar Satun
Bahasa Melayu akan lenyap di telan zaman. Oleh itu kami Travel Blog Malaysia Thailand,berusaha gigih mempertahankan bahasa Melayu dari LENYAP di telan zaman di Bumi Setul ( Setoi atau Satun) . Kami bergiat menjalankan aktiviti masyarakat dengan membuka kelas bahasa melayu di Kampung Guar bagi membantu mengekalkan Bahasa Melayu.
Sekiranya anda ingin membantu kami mempertahankan BAHASA MELAYU di bumi Satun, anda datang melawat Satun dengan menggunakan perkhidmatan kami. Serba sedikit dari keuntungan yang kami perolehi akan membantu kami terus mempertahankan BAHASA DAN BUDAYA MELAYU di SATUN.
INSYAALLAH semoga Allah membalas budi baik anda.

masjid Misbahuddin
Kanak Kanak Kelas Bahasa Melayu






       















0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com