Home » , » Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Travel Blog Malaysia Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand ( Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat )
Border Pass atau Passport diperlukan untuk memasuki sesebuah negara di dunia. Jika anada ingin memasuki Thailand anda perlukan dokumen perjalanan seperti Border Pass atau Passport. Perbezaan Border Pass dan Passport.
BORDER PASS ( Malaysia )
1.       Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand sahaja .
·         Perlis , Kedah , Perak( Hulu Perak) dan Kelantan
Penduduk yang bermastautin di negeri dan daerah berkenaan.
Penduduk selain dari Hulu Perak Tidak layak.
Penduduk Terengganu , Pahang , Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang juga tidak layak.
2.       Pemilik hanya dibenarkan menyeberang Thailand ke Wilayah-Wilayah (Negeri-negeri ) yang bersempadan dengan Malaysia sahaja.
·         Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat
Wilayah Trang, Krabi, Nakhon Si Thamarat dan lain lain dari lima Wilayah ( Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani ) mestilah guna Passport.
3.       Begitu juga dengan pemilik Border Pass thailand,hanya dibenarkan di negeri-negeri Malaysia yang bersempadan dengan Thailand sahaja.
4.       Syarat Syarat memohon border Pass
·         Dilahirkan di negeri-negeri seperti di atas.
·         Pemastautin dan beralamat di negeri negeri sempadan
·         Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
·         Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan.
·         Membawa 2 keping gambar berukuran passport dan berlatarbelakan putih.
·         My Kad
·         Wang RM10.00
·         TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS ( black list bank ,boleh)
5.       Setiap Border Pass Baru ( berwarna biru,saiz Passport antarabangsa) luput 1 tahun dari tarikh dibuat.
6.       Biasanya mendapat kebenaran untuk tinggal 30 hari di WILAYAH BERSEMPADAN MALAYSIA.
7.       Dilarang digunakan untuk tujuan bekerja.
PASSPORT ANTARABANGSA
Boleh digunakan untuk keseluruh negara didunia KECUALI ISRAEL.
1.       Syarat Pemohonan Passport Antarabangsa
2.       Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
3.       Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan yang terpilih sahaja.
4.       Membawa 2 keping gambar berukuran passport
5.       My Kad
6.       TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS
7.       Wang mengikut tempuh 1 tahun atau lebih , mengikut kadar yang ditetapkan ,minima RM100.00
8.       Biasanya dibenarkan tinggal di negara Asean tidak lebih 1 bulan dan VISA perlu dipohon jika negara terbabit menetapkan peraturan.
9.       Dilarang salahguna selain dari lawatan.
ANTARA BANDAR ATAU WILAYAH YANG DIBENARKAN MENGGUNAKAN “ BORDER PASS”
1.       SATUN, PAK BARA,TANYONG PO,TAMMALANG,MANANG ,KOH LIPE DAN SELURUH WILAYAH SATUN.
2.       SONGKHLA,HAT YAI,DANNOK,PADANG BESA,SADAO,KLONG NGEK,PANTAI SAMILA DAN SELURUH WILAYAH SONGKLHA.
3.       WILAYAH NARATHIWAT, TAK BAI
4.       WILAYAH YALA,BETONG
DI LARANG GUNA BORDER.
1.       KRABI
2.       PHUKET
3.       TRANG
4.       PATHALUNG
5.       KOH SAMUI
6.       KOH PANGA
7.       SURAT THANI
8.       SEGENTING KRA
9.       DAN DI SELAIN DARI WILAYAH SEMPADA SEPERTI Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat

satunsiam.blogspot.co.id/2016/01/perlukah-lesen-antarabangsa-ke-thailand.html?m=1,,satunsiam.blogspot.co.id/2016/01/perlukah-lesen-antarabangsa-ke-thailand.html?m=1
SEBARANG PERTANYAAN
·         INFO TOURISM
·         PAKEJ KE WILAYAH SATUN DAN WILAYAH SONGKLA
·         PAKEJ KOH LIDEE
·         PAKEJ KOH LIPE
·         FAMILY DAY



9 ulasan:

  1. Kalau ibu bapa orang kedah...tapi anak2 dilahirkan di negeri selangor...anak2 boleh buat border jugak atau kena buat pasport?

    BalasPadam
  2. Pergi sana baru buat boleh kha?

    BalasPadam
  3. Salam,tmpang tnya,sy msuj thailand pakai boader pass n istri pakai pssport..dr malaysia msuk thaild kami cop n bila pulang masuk mlysia kami xcop sb org trlalu rmai smpai bratur pnjang..kami balik mlysia ikut pngkalan haram di golok(naik bot)dah 3bulan boader pass n psport kami msih lg xcop kluar dari thailand..mcmane cara kami nk msuk thailand lepas ni? atau ape kami prlu buat dgn boader pass n psport kami?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka bagi tempuh sebulan
      Sebelum 90hari boleh bayar denda sehari Thb500.
      selepas 90hari, tidak dibenarkan masuk Thai, setahun.
      Kesalahan Besar tu.

      Padam
    2. Sy terlewat cop keluar dr thai sehari.kena denda brapa rm?

      Padam
  4. Kalau saya orang selangor sekarang pindah mai sungai petani sudah 3 thn lalu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. sy ada masalah.. sy berkahwin di narathiwat.. sy nk ke sana utk dptkn surat consulat utk pendaftaran nikah di malaysia.. masalahnya sy xboleh keluar sebab ada blcklist dengan imigresen.. jadi bagaimana sy nk ke narathiwat utk pendaftaran nikah sy..

    BalasPadam

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com