Home » , » Kerabu Kaki Ayam Thailand

Kerabu Kaki Ayam Thailand

satunsiam.blogspot.com
Kerabu Kaki Ayam Satun Thailand
========================


Puan-puan hari ini saya ingin berkongsi resepi Kerabu Kaki Ayam Satun Thailand.Bahan-bahannya terdiri daripada :-

1/2 Kg Kaki Ayam direndam air cuka (makan) limabelas minit
( selepas itu dicuci bersih dengan air )

Bawang merah kecil ======= 8 ulas
Cili padi (cabai melaka) =====10 biji
Daun Bawang ===========sepokok
Daun sup       ===========sepokok
Garam secukup rasa
Limau nipis =============3biji
Tomato ================ 1biji
Sos tiram ==============2 sudu besar
Aji No Moto =======secukup rasa**
** boleh digantikan dengan gula

Kaki ayam dibesihkan sehingga putih
Kemudian direbus sehingga masak
Simpan sedikit air rebusan kaki ayam untuk digaul

Bawang merah,cili,daun bawang dan daun sup dan tomato hiris-hiris

kemudian digaul kaki ayam yang telah di potong bersama bawang merah,cili,daun bawang,daun sup,tomato,garam,aji no moto,sos tiram,perahan limau nipis dan sedikit air rebusan kaki ayam.

Gaul sehingga sebati.
Untuk Hiasan ; Tabur hirisan daun sup,daun bawang dan cili merah.

p/s : jikalau tak sedap sila hubungi kami di emel karlisahalim@gmail.com
kita pi makan di Thailand la senang sikit...:) :)
Lagi Resepi KLIK DISINI


INFO SATUN



Kerabu Mangga

Untuk dapatkan Resepinya sila Email ke karlisahalim@gmail.com

2 ulasan:

  1. Salam Ramadhan daripada saya, wahh sedapnya. mak saya selalu buat kerabu. heee thanks sharing resepi. hehe konvoi? berapa satu orang? nanti saya tanya suami dulu :)

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan
    Kami uruskan Group Konvoi,minima 5 buah kereta@20 orang
    Harga seorang RM280 TETAPI boleh bincang bagaimana nak Jimat jika dalam kereta bersama anak anak.
    Detail email ke karlisahalim@gmail.com

    BalasPadam

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com