Home » » Dannok Thailand Syurga Dunia Lelaki Malaysia

Dannok Thailand Syurga Dunia Lelaki Malaysia

http://satunsiam.blogspot.com/
Travel Blog Malaysia Thailand
INFO SATUN





Sebut sahaja Thailand atau Siam atau yang paling terkenal disempadan adalah Pekan Dannok.Pekan kecil yang terletak beresempadan dengan Bukit Kayu Hitam.Pekan Dannok lebih kecil dari Bandar Satun.Oleh kerana suasana malamnya yang menyegarkan mata Lelaki Malaysia,pekan kecil yang siangnya suram,bertukar wajah menjadi terang benderang.

Purata seorang lelaki berkereta dari Kuala Lumpur ke Dannok
Tol =                             RM 124.00 pergi balik
Petrol =                         RM 150.00 pergi balik (1.5cc,jarak 940KM )
Bilik   =                         RM 120.00 3H2M
GRO =                          RM 500.00 2Malam
Makan =                       RM 320.00 9 kali berdua
Shopping utk GRO        RM 150.00
Karaoke                        RM 200.00 2 Malam
Tip                                 RM 200 2 Malam
Bir                                  RM 200.00 2 Malam
Lain Lain                        RM 100.00 3H2M
Jumlah Ekonomik           RM2064.00 3H 2M
RUJUK DISINI

Ini bermakna RM1000.00 di berlanjakan oleh lelaki Malaysia setiap malam di Dannok.Purat satu malam,Pekan Dannok di kunjung lebih beribu rakyat Malaysia ke sana. Cuba anda congak ?

Masyarakat Malaysia kebanyakan memandang rendah terhadap rakyat Thailand terutama gadis atau perempuan. Mereka menganggap gadis Thai macam tidak bermaruah.TETAPI mereka lupa dengan perangai mereka ketika di Thai mencari hiburan.Maruah mereka lebih rendah dari binatang.

Ada pihak berkuasa Malaysia mengambil kesempatan keatas gadis Thai yang menghadapi masalah dokumentasi di pintu sempadan.Meminta duit kopi adalah perkara biasa.Ada yang lebih berani meminta habuan seks.Yang menjadi persoalannya rata rata pegawai dari kalangan Melayu Islam .Mereka tanpa segan silu berlaku sumbang pada masyarakat Islam Thai dengan kuasa yang ada pada mereka.

Jika kita meninjau dan menjenguk di perkampungan Islam Thai, kebanyakkan Masyarakat Islam Thai lebih menitik berat soal Islam dalam mendidik anak anak mereka.Jarang ada pemuda Islam Thai berpeleseran di malam hari ke disko,dangdut atau karaoke.Begitu juga dengan gadis Islam Thai.Kebanyakkan mereka berniaga setiap hari di Pekan Dannok.

DANNOK pusat membeli barangan tiruan

Thailand bukan sahaja untuk berhibur bagi lelaki,Disini juga menyajikan berbagai barangan yang tidak terdapat di Malaysia. Tetapi ada barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.Kalau tidak membeli pun,kita dapat berlajar dan mengambil tahu tentang sesuatu barang.







Dannok tiada tempat peranginan yang berdekatan kecuali ,bila anda memandu lebih kuran 40Km ke utara ,anda akan ke Bandar Hat Yai. Dari Hat Yai anda boleh memilih destinasi percutian yang menarik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Penulis suami isteri adalah aktivis Bahasa Melayu di Satun , Thailand. Mengajar Bahasa Melayu kepada lebih 200 pelajar berusia 5 tahun hingga 12 tahun secara percuma. Sekolah Melayu hujung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dikenali Tadika Misbahuddin . Terletak di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Disamping menjadi aktivis masyarakat, kami menjalan aktiviti perlancongan bagi meneruskan kehidupan dan mencari dana untuk pembanggunan Bahasa Melayu. Jika anda menggunakan perkhidmatan perlancongan kami di Satun, anda juga sebahagian daripada kami membantu mempertahankan Bahasa Melayu. Setiap keuntungan , sebahagiannya digunakan untuk pembanggunan bahasa melayu di Satun Thailand. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp atau HP +66629728939 / +66887553209
Facebook: Karlisa Latisya Email: karlisahalim@gmail.com