Air Terjun Wang Shaithong Satun

Wang Saithong Waterfall atau Air terjun Wang Saithong, terletak dalam Daerah Langu Satun Thailand.Dari Pak Bara lebih kurang 40km.
Link Lokasi : https://goo.gl/maps/vYkDWdMboRo
Bayaran Masuk : THB200/pax
( pandai pandai hangpa nego )

Air terjun Wang Saithong adalah satu daripada Satun Geopark. Dipercayai dasar air terjun ini terdiri daripada fosil atau tanah yang wujud lebih juta tahun.
Jika kita sekali pandang, kita akan rasakan dasar air terjun ini seperti licin. Bila kaki menyetuhi dasarnya terasa tapak kaki melekap.
Dasarnya seperti tanah liat, namun tidak lembut seperti tanah dan tidak keras seperti batu.
Air terjun ini sungguh unik dan tidak sama seperti airterjun yang kita biasa kunjungi.
Airnya mengalir dicelah celah pokok dan ada satu yang agak tinggi.

Tempat yang unik dan perlu dilawati jika berkunjung ke Wilayah Satun.

Antara gambar yang menarik dirakamkan.

#wangsaithong
#CJS
#cjswangsaithong

Air Terjun Wang Shaithong Satun
Air Terjun Wang Shaithong Satun

Air Terjun Wang Shaithong Satun
Air Terjun Wang Shaithong Satun

Air Terjun Wang Shaithong Satun

Air Terjun Wang Shaithong Satun

Air Terjun Wang Shaithong Satun

CIKGU JOE SATUN : I AM SEPUPU

CIKGU JOE SATUN : I AM SEPUPU

Sempena Hari Malaysia akan datang Cikgu Joe Satun akan melancarkan T-Shirt " I AM SEPUPU " bagi mengenang jasa Sahabat Sahabat CJS yang banyak membantu aktiviti aktiviti memartabatkan Bahasa Melayu di Satun Thailand.

Size S,M,L,XL,2XL dan 3XL akan dijual dengan harga THB350/helai.

Pembelian anda semua adalah kesinambungan meneruskan perjuangan dan kehidupan di Satun.

Bak kata AHLI NUJUM NEGARA : Senang Aku Senang Jugalah Hangpa.
Boleh Tara tu.
#cikgujoesatun

Cikgu Joe Satun I AM Sepupu



RAYA DUA KALI

Raya Dua Kali
Suatu pagi yang cerah , aku melengung di tepi tingkap sambil mengihirup kopi . Peristiwa ini berlaku tiga tahun yang lalu, masa tu aku baru beberapa bulan saja di Satun. Rumah pun sekerat bata dan sekerat plywood. 
Biasanya musim begini selalunya hujan, tapi pagi ni , cuaca sangat cerah. Tiba tiba terdengar suara takbir raya sayup sayup. Maklumlah rumah ku agak terpencir di pinggir kampung di tepi sungai.
Dengar pengunguman , Hari Raya Aidil Adha besok tapi mengapa mereka bertakbir. Aku bergegas memakai pakaian melayu satu sut. Aku kira, aku tersilap dengar pengunguman tv dan aku berjalan ke masjid.Masa tu kenderaanku hanyalah kaki. 
Sampai di Masjid yang berdekatan rumah kira kira 1km , kelihatan ramai jemaah sedang bertakbir. Aku berwuduk dan menunaikat solat sunat Masjid. 
Selepas itu duduk dan sama sama bertakbir. Selesai Khutbah , aku dengan hensem berpakaian Melayu bersamping ke rumah mertua kira kira 500 meter.Kelihatan mertuaku sekadar berkain pelikat dan bersinglet. Memberi salam terus bertanya. " ayah tak pi sembahyang raghya ka " 
Dia jawab , " esok baru raghya. awat hang sembahyang dah ka ? ".
Saya selamba menjawab " ha la ".
Dia kata , " tak pa la, esok sembayang sekali lagi,".
Menurut mertua saya, Masjid berkenaan selalu begitu, membuat keputusan yang selalu membelakangi keputusan Majlis Agama Islam Thailand. Nasib kami baik kerana Majlis Agama Islam Satun , tak tahu dan tak berapa kisah. Kalau tidak, tidur lokap juga semalam.
Raya dua kali sekampung adalah fenomena biasa di Satun atau Thailand. Ini kerana pihak masjid selalu membuat keputusan sendiri dan melanggar perintah kerajaan. Satu kampung melebihi dari sebuah masjid adalah perkara biasa di Thailand. Ini berpunca dari perbezaan mazhab dan pendapat.
Sepanjang pengetahuan saya, bukan kerajaan tidak bantu masjid tapi bila satu kampung ada dua tiga masjid, larat kerajaan nak bantu.
Selalunya pada malam raya ada dua tiga hari sebelum Ramadhan, Perutusan Khas TV oleh PM Thailand. Dari permerhatian saya setelah tiga tahun, Kerajaan Thailand tidaklah zalim kepada umat Islam. Mereka membenarkan umat islam mengamalkan Agama Islam dan bahkan bantuan disalurkan . Cuma kita di Malaysia kadang kala mendapat info salah dari golongan yang cuba meraih simpati derma kita yang pemurah.
Banyak perkara yang saya lalui disini dan perhatikan totaly berbeza dengan tanggapan saya sebelum menetap di Thailand. Dulu saya anggap mereka anti islam tetapi tidak , bahkan kerabat diraja akan berpakaian sopan dan sama sama menghormati Islam jika mereka di majlis berkaitan Islam atau melawat provinsi Islam. Malah ada kalangan mereka mengangkat tangan menadah doa sepertimana kita lakukan. Cerita kerabat menadah doa, menjadi viral di FB Malaysia sedangkan di Thailand adalah perkara biasa.
Kekadang saya rasakan orang Malaysia lebih sudu dari muslim Thai itu sendiri. Mendapat suapan berita tanpa melihat sendiri atau berpengalaman di sini. Cepat melatah dan beremosi tidak tahu punca.
Banyak pengalaman di Satun dan Thailand yang saya lalui. Ada yang terlalu sensitif dan agak sukar untuk saya kongsikan disini. Nantikan buku saya Kembara Di Satun , tiga tahun lagi insyaAllah.
Selamat Berpuasa
#rayaduakali
#ramadhandisatun1
Tarikh Ditulis : 08-06-16

Raya Dua Kali





Proses Nikah Di Siam

Proses Nikah Di Siam
( Pasangan Malaysia )

Day 1 
( Ahad - Khamis )
8.30 - 4.00 

1. Pasangan
2. Passport
3. Gambar ukuran passport
4. Surat cerai jika janda
5. Mas Kahwin
6. Bayaran Nikah Majlis Agama Thb4000-Thb5000
*** Urusan Sah dilakukan di Majlis Agama Satun,Songkhla,Yala,Narathiwat dan Pattani saja.

Day 2 
Daftar Di Konsulat Malaysia Songkhla
( 8.00 - 12.00pm saja )

1. Bawa Dokumen dari Majlis Agama
2. Ambil Nombor
3. Serah Dokumen
4. Isi borang
5. Serah borang dan tunggu esok petang untuk buat collection

Day 3
Konsulat Malaysia Songkhla
( 1.00 pm - 3.00 pm )

1. Ambil Nombor
2. Mengambil borang untuk proses pendaftaran di Malaysia
3. Balik ke Border
4. Selesai urusan passport di Thai dan Malaysia
5. Line telefon masuk
6. Bini miskol berpuluh kali
7. Bini kol tanya ( abang pi mana 3 hari off hp )
8. Mula nak muhong 
9. Perang kecil meletus
10. Mood honeymoon hilang
11. Tok Laki mula takut nak balik rumah

Day 4
1. Bini muda Whatsapp tanya abang bila nak balik sini.
2. Tok laki mula muhong

Day 5

1. Tok Laki mula beredar dari rumah tidur bersama jemaah tabliq di Masjid.
2. Tidur malam bermimpi Anu kena potong

**** SAJA CARI SAKIT ***""
Anda mungkin perlu info ini
KELEBIHAN NIKAH ORANG SIAM




Proses Nikah Di Satun Thailand



Kelebihan Nikah Warga Thai, Satun

Orang yang dok di Malaysia selalu bayangkan syok ooo, kalau dapat kahwin dengan orang Thai dan tinggal di Thai.
Disini aku nak kongsi sikit info untuk panduan kepada mereka yang ditakdirkan nikah dan tinggal di Thai.

Kelebihan Kahwin Warga Thai
1. Bini lawa dan hantaran 2 atau 3 kali ganda Malaysia
2. Thai food makan sampai cemuih
3. Masat tak perlu pi, bini pandai. Nak lalu kedai masat pun tak boleh.
4.Boleh kecek siam sikit.
5. Setiap bulan boleh ride pi border, chop passport dan balik.
6. Nak pi kedai beli rokok pun bini teman, last sekali dia beli 4 karton setiap bulan. Tak perlu pi kedai
7.Pi kenduri duduk diam dan sopan santun ja, sebab orang sebelah sembang kita tak tau apa.
8. Sepupu sepapat lawa lawa, boleh tengok ja.
sembang tak reti bahasa.
9. Beli harta benda nama bini, bukan kerana sayang kat bini, nama kita tak laku.
10. Bini halau, balik malaysia , pakai spender.

ANDA NAK CUBA
KLIK DI SINI

Nikah Di Songkhla Thailand





Nikah Di Songkhla

Masjid Wilayah Songkhla
Masjid ini terkenal dikalangan warga Malaysia untuk bernikah. Saamada berpoligami atau kahwin lari.
Peraturan demi peraturan diperkenalkan bagi menghalang pasangan warga Malaysia bernikah diluar kariah. Namun tidak menghalang atau mengurangkan pernikahan ini.
Saban hari tidak kurang dari 30 pasangan yang berurusan disini.
Untuk makluman anda , yuran pernikahan telah pun dinaikkan sehingga THB5000/sepasang.
Anda dinasihatkan tidak menggunakan agen atau orang tengah . Peraturan ini diperkenalkan bagi mengelakkan penipuan dan cas yang tidak munasabah.
Penggunaan agen berkemungkinan akan menyulitkan proses permohonan anda.
Anda sekali lagi akan menghadapi masalah semasa mendaftar di Majlis Agama Islam di Malaysia.
Anda mungkin dikenakan tindakan bernikah tanpa kebenaran diluar kariah.
Dan berpoligami tanpa kebenaran.
Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk naik turun mahkamah .

Kes 2
Ada pasangan yang menggunakan perkhidmatan agen dan mengaturkan pernukahan yang tidak diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di Malaysia.
Hanya di Pejabat Besar Majlis Agama Islam ( bukan cawangan, tok imam kampung , di rumah atau dikedai kopi )
seperti Satun dan Songkhla dibenarkan.

#nikahdisiam

Nikah Di Songkhla

Nikah Di Songkhla Thailand

Nikah Di Songkhla Thailand
Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, Cikgu dah tak buat urusan Nikah ni.
Sebab
1. Di Satun , dokumen selalu silap, nak patah balik jauh.
2. Songkhla jauh
Oleh itu sesiapa nak guna perkhidmatan Nikah sila hubungi
http://nikahdisiam.wasap.my
Orang Malaysia , jujur dan amanah.
Dia boleh bawa terus ke Songkhla.
Anda buat ja temujanji dengannya.
ps: sebenarnya cikgu takut kat bini.
Hangpa klik sini
http://nikahdisiam.wasap.my
#nikahdisiam

NIKAHDISIAM.WASAP.MY

Add caption



Melihat Bunga Matahari Di Satun

Melihat Bunga Matahari Di Satun biasanya pada bulan Januari,Februari dan Mac setiap tahun. Melihat Bunga Matahari Di Satun, lokasinya di klik sini 
https://goo.gl/maps/MitEPnAqpGu
Khao Tanom , Thung Bu Lang, Thung Wa District, Satun 91120

Melihat Bunga Matahari Di Satun

Anda boleh bermalam di Pak Bara kerana disini anda tak sunyi dengan aktiviti, penginapan mudah dan kemudahan makanan halal yang banyak.

Hangpa boleh baca disini untuk mencari resort dan hotel
https://satunsiam.blogspot.com/2018/08/hotel-dan-resort-di-pak-bara-satun.html

Melihat Bunga Matahari Di Satun

Melihat Bunga Matahari Di Satun

Melihat Bunga Matahari Di Satun


Satun Wonderland Siri 3

Satun Wonderland Siri 3
Aku dah tulis tentang Satun Wonderland Siri 1 dan Satun Wonderland Siri 2
So hangpa Hash Tag (# satunwonderlandsiri1 dan # satunwonderlandsiri2.
Saamada kita check in di Thamalai Satun Resort atau di Langka Beach Resort area Pak Bara Satun Thailand. Lebih kurang 76km dari Wang Kelian.
1. Koh Bulone Day Trip
( maximum 10paxs per group ) Tengok Gambar.
2. Berkayak di Sungai 10km termasuk 1km menyusuri Gua Tujuh Liku. ( chet khod cave )
3.Mandi air terjun di Wang Saithong ( Thb200/dewasa dan Thb100/kanak² cukai Taman Negara.
4. Berkayak Laut di Koh Khao Yai
Info lanjut klik page Karlisa Travel atau whatsapp Puan Karlisa Mikael+66887553209

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel

Koh Bulone Karlisa Travel



Koh Bulone Karlisa Travel

Kayak Satun Karlisa Travel

Wang Saithong Karlisa Travel

Wang Saithong Karlisa Travel


Wang Saithong Karlisa Travel


Wang Saithong Karlisa Travel


Koh Khao Yai Satun Karlisa Travel

Satun Wonderland Siri 2

Satun Wonderland Siri 2
Semalam kita dah cerita tempat tempat menarik sekitar Pekan Satun, Thung Nui , Ban Khuan , Tanyong Po , Tammalang dan Khuan Don. Tamat 2H1M dan hari yang kedua ni kita ke Pak Bara pula.
Dari Border Wang Kelian atau Wang Prachan lebih kurang 71km ke Pak Bara View Point.
No.1 
Dulu dataran ini dikenali dengan nama " Sib Pek Lan atau 18 juta " . Kini ia dikenali dengan nama Pak Bara View Point, simbol ikan malin yang banyak di perairan Andaman.
Disini anda boleh selfie , bersantai makan ais kelapa ,somtam , pulut ayam bakar dan lain lain. Setiap petang Sabtu dan Ahad ada Nat disini.
Klik link berikut
https://goo.gl/maps/AspAJd53uzL2
dari Border ke Pak Bara View Point.
No.2
Setelah puas selfie , pi check in bilik dulu, mandi ka , lebih kurang , satgi nak pi makan seafood pula.
Ada banyak resort dan hotel menjadi pilihan tapi saya rekemen tiga saja.
No.3
Dah siap mandi dan pakai lawa lawa , pi makan pula di Nava Seafood . Saya rekemen Tomyam Seafood dan Kengsom, memang mables.
No.4
Selepas makan , siap upload gambar di FB , kita boleh bergerak ke Mu Ko Petra National Park.
Dari Pak Bara View point, klik link google map
https://goo.gl/maps/g6XpkhnUezs
Pi lah berselfie dan santai berjalan di pinggir pantai. Taman Negara dan Taman Geologi di Pak Bara.
No.5
Bila petang menjelang senja, jika air surut , saya syorkan ke Beting Pasir Pak Bara.
Kordinat GPS 6.854252,99.723023
Suasana sungguh romantik dikala mentari melabuhkan tirainya. Bergambarlah berduaan bersama isteri tersayang .... macam berbulan madu pula.
Sebelum gelap baliklah ke bilik atau ke gerai makan berhampiran. Masjid Pak Bara berhampiran dengan Nava Seafood atau di Nava Seafood pun ada surau.
Kiranya sabtu dan Ahad anda boleh ke Nat Pak Bara View Point.
Esoknya hari ketiga , kita nak ke pulau pulau pula.
Jangan lupa share untuk bantu Cikgu Joe dalam meneruskan kesinambungan sebagai Aktivis Bahasa Melayu. Bak kata Dr. Wong Chin Huat, kalau perjuang tak da makan, sapa pula yang nak berjuang.
Untuk hubungi klik
http://cikgujoe.wasap.my
Tunggu sambungan siri berikut pula.
#satunwonderlandsiri2
#satunwonderland2
#pakbara
#cikgujoesatun

Rujukan
https://www.facebook.com/search/top/?q=%23satunwonderlandsiri2

Menarik Di Pak Bara

Menarik Di Pak Bara

Menarik Di Pak Bara

Menarik Di Pak Bara

Menarik Di Pak Bara

Hotel dan Resort Di Pak Bara Satun

Hotel dan Resort di Pak Bara Satun, Thailand yang dicadangkan oleh CJS :-

1. Thmalai Resort
Harga dari Thb500 - Thb800 semalam
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point
Tokey Islam
Booking Whatsapp : +66830948948 Karlisa / CJS +66887553209

Whatsapp
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
***semua King Size Bed

2. Langka Beach Resort
Harga : THB1000/mlm seaview
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point
Tokey Islam
Booking Whatsapp : +66830948948 Karlisa / CJS +66887553209

Whatsapp
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
***semua King Size Bed

3. Bara Resort Pak Bara
Harga: dari THB750 hingga Thb1200
Lokasi berdekatan Pak Bara View Point

Booking Whatsapp : +66830948948 Karlisa / CJS +66887553209

Whatsapp
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
***Bilik Katil Bujang ( 2 katil ) ada 8 bilik
Lain Lain Katil King

4. Seaside Home Resort
Harga dari THB700 - THB1200


Booking Whatsapp : +66830948948 Karlisa / CJS +66887553209

Whatsapp
Nama :
Check In :
Check Out :
Total Room
*** Family Room ada 5 bilik

UPDATE : 8-8-2018

Hotel Dan Resort Pak Bara Thamalai

Hotel Dan Resort Pak Bara Thamalai

Hotel Dan Resort Pak Bara Thamalai


Hotel Dan Resort Pak Bara Langka Beach


Hotel Dan Resort Pak Bara Sea Side Home

Hotel Dan Resort Pak Bara Sea Side Home




Satun Wonderland Siri 1

Satun Wonderland Siri 1
Siri melawat Satun akan disiarkan mulai hari ini.
Lihat Peta, tau kan satun tang mana.
Mai Awai Pagi di Border.
Keterangan Gambar
No.1 Border Wang Kelian/Wang Prachan.
Keperluan Passport , borang TM6,TM2&3 dan declaration Form.Geran kerata dan insuran. Kopi RM2 dan RM5 Motor dan RM10 kereta.
No.2
Kalau nampak wayar letrik berselerat , parabola , PEA guna tangga buluh, kompom hangpa dah masuk Siam. Satgi jangan dok cerita tersesat sampai Chiang Mai baru sedaq dok di Siam.
No.3
Jumpa bas sekolah, macam ni punya gaya.Kompomlah dah di Siam.
No.4
Air Panas Thung Nui. Buka sewal 6.00 pagi hingga 8.00 mlm
Masuk THB100/org
Siap loker
Tuala
Pakaian mandi.
Hangpa tak perlu bawa spender atau bukini.
Lelaki dan wanita diasingkan.
Dari Border hangpa clik link ni
https://goo.gl/maps/4y6GbJLPbbS2
No.5 (abc)
Ban Khuan . Lepas mandi air panas pada paginya, singgah Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan untuk solat Zohor. Kat situ ada Kelas Bahasa Melayu, boleh jumpa Cikgu Joe. Pastu boleh pi melawat rumah 100tahun.
Dari Thung Nui klik link ni
https://goo.gl/maps/acbcLHPMyVD2
No.6
Tanyong Po atau Tanjung Pauh. Tempat makan seafood yang best la.
Pas makan boleh melawat beting pasir.
Dari Ban Khuan klik
https://goo.gl/maps/5gb1r1jEMoG2
No.7
Tammalang Pier
Dari Tanyong Po , klik link ni
https://goo.gl/maps/V5kVWfX6Er42
Pi la amik gambaq dengan ketam besaq . Jalan jalan ke Taman Hutan Bakau.
No.8
Pekan Satun, Masjid Mambang dan Muzium Satun ( Kuden Mansion )
Link
https://goo.gl/maps/GiXRgSbs6tJ2
No.8A
Masih di Pekan Satun
pi tengok air terjun buatan manusia. Ikut nasib juga, kalau depa buka pili
Link jalan google maps
https://goo.gl/maps/rqwMw17z81s
Cukup kot.
Carilah hotel atau resort untuk check in.
Kalau malam nak gi Nat Duson Khuan Don setiap sabtu dan ahad.
Check in di Naris Phu View atau Meesuk Hotel
No.9 ( abc )
Nat Duson Khuan Don
Kordinat : Kordinat : 6.806140,100.092385
#natdusonkhuandon
Cukup kot untuk lawatan 2H1M di Sekitar Bandar Satun.
Esok kita pi , Pak Bara pula.
Tunggu LIKE 500 kita sambung cerita.
Share la dengan kawan kawan, sapot Cikgu Joe
http://cikgujoe.wasap.my

RUJUKAN


Yang Menarik Di Satun

Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun


Yang Menarik Di Satun