Langkau ke kandungan utama

Membeli Belah Di Hat Yai Thailand (hatyai)


Membeli Belah Di Thailand ( Hatyai adalah syurganya )
Ada pula mengatakan ia berasal daripada pantai berpasir, tetapi agak panjang untuk menyebutnya lalu dipendekkan menjadi Hat Yai.
Namun, apa pun asal usul namanya, Hat Yai yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bandar baru dan bandar lama menawarkan pelbagai tarikan menarik kepada pelancong.
Antara aktiviti 'wajib' terutama buat pelancong Malaysia ialah membeli-belah yang boleh dilakukan dari pagi hingga malam.
Antara kawasan tumpuan membeli-belah ialah di sekitar Jalan Niphat Uthit 2 & Niphat Uthit 3, Jalan Sanehanuson dan Pasar Plaza, selain gedung beli-belah seperti Lee Graden Plaza, Central Department Store, Expo Department Store, Odean Shopping Mall, Robinson Department Store, Diana Department Store dan Voke Department Store.
Keseronokan membeli-belah menyebabkan ada memberi gelaran Hat Yai sebuah bandar yang ceria atau 'Little Paris of the Southern of Thailand.' Jika ke Hat Yai, jangan lupa ke pasar terapung di Sungai Klonghae, Hat Yai yang dibuka dari 2 petang hingga 10 malam dari Jumaat hingga Ahad.
Pasar terapung ini sama dengan di Damnoensaduak, Ratchaburi, Bangkok, cuma 95 peratus peniaganya beragama Islam dan makanan yang dijual halal.
Hat Yai juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan tinggalan sejarah, antaranya patung Buddha atau dipanggil 'Phra Buddha hattha Mongkhol' di Wat Hat Yai Nai berdekatan jambatan Khlong U Taphao.
Patung Budha itu dipercayai antara ketiga terbesar di dunia sepanjang 35 meter, 15 meter tinggi dan 10 meter lebar.
Jika mengunjungi bandar Songkhla, jangan lupa ke Pantai Samila yang memutih dan kaya dengan alam semula jadi.
Di Pantai Samila, anda berpeluang bergambar kenangan bersama tugu ikan duyung emas yang menjadi mercu tanda pantai berkenaan.
Selepas seharian berjalan di Hat Yai, di sebelah malam, anda boleh merehatkan dan memanjakan badan dengan melakukan urutan tradisional Thailand.
Untuk menjamu selera, pengunjung Muslim boleh menikmati pelbagai juadah halal di sekitar Hat Yai dengan mudah kerana 80 peratus penduduknya beragama Islam.
Juadah menarik pastinya, tomyam' yang rasanya berbeza berbanding di Malaysia.
Produk tempatan lain ialah biji gajus, udang bakar, keropok ikan dan udang selain pelbagai cenderahati dengan harga murah di kebanyakan kedai di Hat Yai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su